MASJID BANDAR TASIK PUTERI

Anda Yang Kami Rindui

MASJID BANDAR TASIK PUTERI

Pusat Informasi Virtual
Masjid Bandar Tasik Puteri
Mudah & Cepat

mula bicara

Ahlan Wa Sahlan. Selamat Datang
ke Gerbang Digital
Masjid Bandar Tasik Puteri

Selamat datang ke laman web rasmi Masjid Bandar Tasik Puteri, sebuah gedung maklumat maya yang di rangka khusus untuk memudahkan capaian para jemaah. Platform ini berfungsi sebagai pusat rujukan sehenti bagi segala aktiviti ibadah, jadual kuliah, serta program kemasyarakatan terkini selain daripada Medsos yang sediada. Kami komited mengintegrasikan teknologi demi memperkukuh ukhuwah dan menyebarkan syiar Islam secara telus. Layari maklumat pengurusan, saluran sumbangan infaq, dan perkhidmatan kariah dengan hanya satu klik. Jadikan portal ini jambatan penghubung antara masjid dan ummah, selaras dengan aspirasi kita untuk membina komuniti yang berilmu dan bertakwa di era digital ini.

Tuan Haji Ustaz Nizam Bin Abdul Hamid, Nazir

INFAQ & SEDEKAH

Hulurkan sumbangan infaq anda demi mengimarahkan rumah Allah ini. Setiap sumbangan akan digunakan bagi kelangsungan operasi masjid, bayaran bil utiliti, penganjuran majlis ilmu, serta kebajikan imam dan kakitangan. Infaq kini lebih mudah secara atas talian melalui saluran yang disediakan di bawah. Semoga sedekah jariah anda menjadi saham akhirat yang berterusan. Syukran jazilan kepada semua penyumbang atas kemurahan hati dan sokongan yang diberikan.

Rasulullah S.A.W bersabda: “Sedekah tidak mengurangkan kekayaan, dan hamba yang memaafkan, Allah menambahkan hormat kepadanya; dan orang yang tawaduk, Allah meninggikan kedudukannya di mata manusia.” (Muslim)

IMBAS KOD QR

Imbas dan Infaq menggunakan applikasi perbankan anda.

PINDAHAN FPX

Klik di logo untuk teruskan infaq dan sumbangan anda.

PINDAHAN TERUS

Infaq dan sumbangan terus ke akaun MBTP.

PROGRAM/AKTIVITI
LAJNAH TERKINI

Terokai kepelbagaian aktiviti Masjid Bandar Tasik Puteri yang dirangka khusus oleh setiap lajnah untuk mengimarahkan komuniti. Daripada program ilmu dan kerohanian hingga ke aktiviti kebajikan serta pemerkasaan belia, kami menyediakan platform terbaik untuk anda berbakti dan mendekatkan diri kepada-Nya dalam suasana ukhuwah yang harmoni.

  • All
  • Buletin Semasa
  • Lajnah Dakwah & Pendidikan
  • Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan
  • Lajnah Pemuda & Sukan
Dari Iftar Hingga Asuhan: Masjid Bandar Tasik Puteri Kini Sedia Raikan Tetamu Allah

18/02/2026

BANDAR TASIK PUTERI 18/2/2026 – Semangat kejiranan dan ukhuwah terpancar jelas di Masjid Bandar Tasik Puteri apabila barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid bersama sekumpulan jemaah muda berganding bahu mempersiapkan ruang iftar bagi menyambut kehadiran Ramadan. Meskipun dihujung petang menyaksikan hujan turun dengan agak lebat, usaha murni itu tidak terhenti, malah diteruskan dengan penuh dedikasi sejurus selasai solat tarawih pertama malam ini bagi memastikan keselesaan para jemaah pada keesokan...

MBTP Laksana Lawatan Susulan: Kebajikan Asnaf di Bandar Tasik Puteri Terus Diperkasakan

13/02/2026

Pada 13 Februari 2026 yang jatuh pada hari Jumaat yang hening, satu kunjungan kasih telah menyentuh sanubari di Bandar Tasik Puteri apabila Encik Azman bersama rakan-rakan dari Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan MBTP melangkah kaki melakukan lawatan susulan terhadap Encik Abidi. Sayu mata memandang, luluh lagi hati melihat keadaan seorang asnaf yang kini menumpang teduh di sebuah rumah kedai yang disewa, sekadar ruang kecil untuk berteduh dari panas dan...