Anda Yang Kami Rindui
MASJID BANDAR TASIK PUTERI
Masjid Bandar Tasik Puteri
Mudah & Cepat
mula bicara
Ahlan Wa Sahlan. Selamat Datang
ke Gerbang Digital
Masjid Bandar Tasik Puteri
Selamat datang ke laman web rasmi Masjid Bandar Tasik Puteri, sebuah gedung maklumat maya yang di rangka khusus untuk memudahkan capaian para jemaah. Platform ini berfungsi sebagai pusat rujukan sehenti bagi segala aktiviti ibadah, jadual kuliah, serta program kemasyarakatan terkini selain daripada Medsos yang sediada. Kami komited mengintegrasikan teknologi demi memperkukuh ukhuwah dan menyebarkan syiar Islam secara telus. Layari maklumat pengurusan, saluran sumbangan infaq, dan perkhidmatan kariah dengan hanya satu klik. Jadikan portal ini jambatan penghubung antara masjid dan ummah, selaras dengan aspirasi kita untuk membina komuniti yang berilmu dan bertakwa di era digital ini.
INFAQ & SEDEKAH
Hulurkan sumbangan infaq anda demi mengimarahkan rumah Allah ini. Setiap sumbangan akan digunakan bagi kelangsungan operasi masjid, bayaran bil utiliti, penganjuran majlis ilmu, serta kebajikan imam dan kakitangan. Infaq kini lebih mudah secara atas talian melalui saluran yang disediakan di bawah. Semoga sedekah jariah anda menjadi saham akhirat yang berterusan. Syukran jazilan kepada semua penyumbang atas kemurahan hati dan sokongan yang diberikan.
Rasulullah S.A.W bersabda: “Sedekah tidak mengurangkan kekayaan, dan hamba yang memaafkan, Allah menambahkan hormat kepadanya; dan orang yang tawaduk, Allah meninggikan kedudukannya di mata manusia.” (Muslim)
PROGRAM/AKTIVITI
LAJNAH TERKINI
Terokai kepelbagaian aktiviti Masjid Bandar Tasik Puteri yang dirangka khusus oleh setiap lajnah untuk mengimarahkan komuniti. Daripada program ilmu dan kerohanian hingga ke aktiviti kebajikan serta pemerkasaan belia, kami menyediakan platform terbaik untuk anda berbakti dan mendekatkan diri kepada-Nya dalam suasana ukhuwah yang harmoni.
- All
- Buletin Semasa
- Lajnah Dakwah & Pendidikan
- Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan
- Lajnah Pemuda & Sukan
2/2/2026 – Alhamdulillah, suasana di Masjid Bandar Tasik Puteri (MBTP) malam tadi (15 Syaaban 1447H) begitu meriah dan menyentuh hati dengan kehadiran jemaah pelbagai lapisan usia. Majlis dipimpin oleh Imam 2 MBTP, Al-Fadhil Ustaz Mohd Amirul Asraf, yang mengalunkan bacaan Yasin, zikir, dan doa dengan penuh semangat serta kemerduan. Malam yang penuh barakah ini menjadi madrasah jiwa buat kita semua untuk bermunajat mengharapkan keampunan dan rahmat Allah SWT, selaras...
Di sebalik kedinginan malam 24 Januari 2026, terpancar sinar keprihatinan daripada barisan kepimpinan Masjid Bandar Tasik Puteri. Diketuai oleh Tn. Haji Harun Aziz (Timbalan Nazir) dan Pn Normah Mahmad (Ketua Muslimat) serta bersama AJK Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan, langkah diatur menuju ke Pangsapuri Camelia untuk bertemu Puan Siti Aisah. Dunia Puan Siti Aisah seakan berubah sekelip mata apabila suaminya, Allahyarham Mohd Fazli bin Mahmodin, dijemput Ilahi secara mengejut...