MASJID BANDAR TASIK PUTERI

Menghapus Air Mata, Menghulur Tangan di Pangsapuri Camelia

kebajikan 01

Di sebalik kedinginan malam 24 Januari 2026, terpancar sinar keprihatinan daripada barisan kepimpinan Masjid Bandar Tasik Puteri. Diketuai oleh Tn. Haji Harun Aziz (Timbalan Nazir) dan Pn Normah Mahmad (Ketua Muslimat) serta bersama AJK Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan, langkah diatur menuju ke Pangsapuri Camelia untuk bertemu Puan Siti Aisah.

Dunia Puan Siti Aisah seakan berubah sekelip mata apabila suaminya, Allahyarham Mohd Fazli bin Mahmodin, dijemput Ilahi secara mengejut di kebunnya di Ijok. Namun, kehadiran pihak Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan membuktikan bahawa beliau tidak sendirian dalam menempuh fasa sukar ini.

Kunjungan singkat namun penuh bermakna itu diakhiri dengan doa buat Allahyarham dan sedikit sumbangan bagi meringankan duka. Sesungguhnya, setiap ujian itu ada hikmahnya, dan kehadiran komuniti yang prihatin adalah salah satu daripada rahmat-Nya.

Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan MBTP

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *