MASJID BANDAR TASIK PUTERI

MASJID BANDAR TASIK PUTERI METERAI KONTRAK IFTAR RAMADAN 1447H BERSAMA MZ RATU ENTERPRISE

BANDAR TASIK PUTERI, 6 Februari 2026 – Jawatankuasa Masjid Bandar Tasik Puteri hari ini secara rasmi telah menyempurnakan majlis menandatangani kontrak pembekalan makanan bagi program Iftar Jamaie dan Sahur sepanjang bulan Ramadan 1447H. Syarikat MZ Ratu Enterprise telah dipilih sebagai vendor rasmi setelah berjaya dalam proses tender bagi menggalas tanggungjawab menyediakan hidangan berbuka puasa dan sahur untuk para jemaah selama 27 malam sepanjang bulan mulia tersebut.

Pihak MZ Ratu Enterprise komited untuk menyajikan pelbagai variasi menu juadah berbuka puasa yang berkualiti dan seimbang bagi memastikan keselesaan serta kegembiraan jemaah yang hadir. Pemilihan vendor ini dibuat berdasarkan kriteria penyediaan makanan yang bersih serta reputasi cemerlang dalam mengendalikan penyajian makanan berskala besar. Persediaan rapi kini sedang giat dijalankan bagi menyambut kedatangan bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi.
 
Pihak pengurusan masjid turut menzahirkan rasa syukur alhamdulillah dan ucapan syukran jazilan kepada semua penaja serta penyumbang dana iftar bagi tahun ini. Kerjasama dan kedermawanan para kariah serta pihak luar amat dihargai dalam memastikan kelancaran program imarah masjid ini. Semoga segala sumbangan yang diberikan dibalas dengan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda, dimurahkan rezeki, serta dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat buat semua pihak yang terlibat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *