Anda yang kami rindui
Masjid Bandar Tasik Puteri
Pusat Informasi Virtual Masjid Bandar Tasik Puteri
Mudah dan Cepat
mula bicara
Selamat Datang ke Gerbang Digital Masjid Bandar Tasik Puteri
Tuan Haji Ustaz Nizam Bin Abdul Hamid, Nazir
Jamaah yang budiman, laman sesawang ini masih lagi dalam pembangunan, dikemaskini secara berperingkat sehingga selesai. Dibangunkan sendiri secara 'in-house' tanpa kos tambahan. Harap bersabar dengan penuh keimanan.
INFAQ & SEDEKAH
Hulurkan sumbangan infaq anda demi mengimarahkan rumah Allah ini. Setiap sumbangan akan digunakan bagi kelangsungan operasi masjid, bayaran bil utiliti, penganjuran majlis ilmu, serta kebajikan imam dan kakitangan. Infaq kini lebih mudah secara atas talian melalui saluran yang disediakan di bawah. Semoga sedekah jariah anda menjadi saham akhirat yang berterusan. Syukran jazilan kepada semua penyumbang atas kemurahan hati dan sokongan yang diberikan.
Rasulullah S.A.W bersabda: “Sedekah tidak mengurangkan kekayaan, dan hamba yang memaafkan, Allah menambahkan hormat kepadanya; dan orang yang tawaduk, Allah meninggikan kedudukannya di mata manusia.” (Muslim)
Think Tanker Tuisyen Masjid
KELAS TUISYEN @MBTP
Tingkatkan prestasi akademik anak anda dengan Kelas Tuisyen Intensif 2026! Kami menawarkan bimbingan guru berpengalanan bagi subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains dengan teknik pembelajaran yang kreatif dan mudah faham.
Fasiliti
Kelas yang berhawa dingin dan boleh menempatkan sehingga 30 orang pelajar dalam satu masa
Yuran
Kadar yuran mampu milik, hanya RM100.00 untuk 3 matapelajaran atau RM40.00 untuk satu matapelajaran
PROGRAM/AKTIVITI
LAJNAH TERKINI
Terokai kepelbagaian aktiviti Masjid Bandar Tasik Puteri yang dirangka khusus oleh setiap lajnah untuk mengimarahkan komuniti. Daripada program ilmu dan kerohanian hingga ke aktiviti kebajikan serta pemerkasaan belia, kami menyediakan platform terbaik untuk anda berbakti dan mendekatkan diri kepada-Nya dalam suasana ukhuwah yang harmoni.
- All
- Buletin Semasa
- Lajnah Dakwah & Pendidikan
- Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan
- Lajnah Pemuda & Sukan
BANDAR TASIK PUTERI 18/2/2026 – Semangat kejiranan dan ukhuwah terpancar jelas di Masjid Bandar Tasik Puteri apabila barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid bersama sekumpulan jemaah muda berganding bahu mempersiapkan ruang iftar bagi menyambut kehadiran Ramadan. Meskipun dihujung petang menyaksikan hujan turun dengan agak lebat, usaha murni itu tidak terhenti, malah diteruskan dengan penuh dedikasi sejurus selasai solat tarawih pertama malam ini bagi memastikan keselesaan para jemaah pada keesokan...
Pada 13 Februari 2026 yang jatuh pada hari Jumaat yang hening, satu kunjungan kasih telah menyentuh sanubari di Bandar Tasik Puteri apabila Encik Azman bersama rakan-rakan dari Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan MBTP melangkah kaki melakukan lawatan susulan terhadap Encik Abidi. Sayu mata memandang, luluh lagi hati melihat keadaan seorang asnaf yang kini menumpang teduh di sebuah rumah kedai yang disewa, sekadar ruang kecil untuk berteduh dari panas dan...