MASJID BANDAR TASIK PUTERI

Anda Yang Kami Rindui

BULETIN MBTP

Hidupkan ukhuwah dan perkasa rohani melalui pelbagai aktiviti imarah kami. Daripada kuliah ilmu yang menyentuh jiwa hingga program kemasyarakatan buat semua peringkat umur, Masjid BTP adalah hab pengisian buat anda. Jom terokai aktiviti terkini kami dan marilah kita bersama-sama mengimarahkan rumah Allah ini dengan ilmu dan amal.

  • All
  • Buletin Semasa
  • Lajnah Dakwah & Pendidikan
  • Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan
  • Lajnah Pemuda & Sukan
Dari Iftar Hingga Asuhan: Masjid Bandar Tasik Puteri Kini Sedia Raikan Tetamu Allah

18/02/2026

BANDAR TASIK PUTERI 18/2/2026 – Semangat kejiranan dan ukhuwah terpancar jelas di Masjid Bandar Tasik Puteri apabila barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid bersama sekumpulan jemaah muda berganding bahu mempersiapkan ruang iftar bagi menyambut kehadiran Ramadan. Meskipun dihujung petang menyaksikan hujan turun dengan agak lebat, usaha murni itu tidak terhenti, malah diteruskan dengan penuh dedikasi sejurus selasai solat tarawih pertama malam ini bagi memastikan keselesaan para jemaah pada keesokan...

MBTP Laksana Lawatan Susulan: Kebajikan Asnaf di Bandar Tasik Puteri Terus Diperkasakan

13/02/2026

Pada 13 Februari 2026 yang jatuh pada hari Jumaat yang hening, satu kunjungan kasih telah menyentuh sanubari di Bandar Tasik Puteri apabila Encik Azman bersama rakan-rakan dari Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan MBTP melangkah kaki melakukan lawatan susulan terhadap Encik Abidi. Sayu mata memandang, luluh lagi hati melihat keadaan seorang asnaf yang kini menumpang teduh di sebuah rumah kedai yang disewa, sekadar ruang kecil untuk berteduh dari panas dan...

Gema Wahyu di Ambang Ramadan: Nasihat ‘Terakhir’ Ustaz Wan Jalaludin Meruntuh Jiwa

12/02/2026

BANDAR TASIK PUTERI, 12 Februari 2026 – Suasana di ruang solat utama masjid malam tadi diselubungi keinsafan yang mendalam apabila pendakwah tersohor, Al-Fadhil Ustaz Wan Jalaludin Wan Ismail, tampil menyampaikan ceramah perdana bertajuk “Andai Ini Ramadan Terakhirku”. Sejurus usai solat Maghrib, para jemaah dilihat terpaku dan mendengar dengan penuh khusyuk kupasan ilmu yang menyentuh sanubari sebagai bekalan spiritual menjelang bulan suci yang kian menghampiri. Sambutan luar biasa daripada...

LAPORAN KHAS: Semangat Perpaduan Warnai Gotong-Royong Perdana Ambang Ramadan di Masjid Bandar Tasik Puteri

08/02/2026

RAWANG, 8 Februari 2026 – Menjelang ketibaan bulan suci Ramadan 1447H, Masjid Bandar Tasik Puteri (BTP) hari ini diselubungi suasana penuh ukhuwah melalui penganjuran Gotong-Royong Perdana. Program yang bermula seawal jam 8.30 pagi itu menyaksikan penglibatan luar biasa daripada kariah setempat, merangkumi golongan veteran, belia, mahupun kanak-kanak yang hadir membantu dengan penuh ceria. Kehadiran ramai sukarelawan ini bukan sahaja memudahkan urusan pembersihan ruang dalaman dan perkarangan luar masjid, malah...

MASJID BANDAR TASIK PUTERI METERAI KONTRAK IFTAR RAMADAN 1447H BERSAMA MZ RATU ENTERPRISE

06/02/2026

BANDAR TASIK PUTERI, 6 Februari 2026 – Jawatankuasa Masjid Bandar Tasik Puteri hari ini secara rasmi telah menyempurnakan majlis menandatangani kontrak pembekalan makanan bagi program Iftar Jamaie dan Sahur sepanjang bulan Ramadan 1447H. Syarikat MZ Ratu Enterprise telah dipilih sebagai vendor rasmi setelah berjaya dalam proses tender bagi menggalas tanggungjawab menyediakan hidangan berbuka puasa dan sahur untuk para jemaah selama 27 malam sepanjang bulan mulia tersebut. Pihak MZ Ratu...

PANGGILAN KE BAITULLAH: KHIDMAT BAKTI SIAK MASJID BTP DIRAIKAN

05/02/2026

RAWANG, 5 Februari 2026 – Rezeki itu tidak pernah salah alamat. Di celah kesibukan melunaskan amanah di rumah Allah, hari ini terpancar sinar kegembiraan di wajah dua orang tonggak utama qariah kita. En. Nazaruddin bin Samsi, Siak 1 Masjid Bandar Tasik Puteri (BTP), telah dipilih oleh Allah SWT untuk menjadi tetamu-Nya di Tanah Suci Mekah.   Beliau akan berangkat menunaikan ibadah umrah bersama-sama Imam Hussain Zakaria, Imam Surau As-Siddiqin. Perjalanan...

Gema Rohani Malam Nisfu Syaaban di Masjid Bandar Tasik Puteri

02/02/2026

2/2/2026 – Alhamdulillah, suasana di Masjid Bandar Tasik Puteri (MBTP) malam tadi (15 Syaaban 1447H) begitu meriah dan menyentuh hati dengan kehadiran jemaah pelbagai lapisan usia. Majlis dipimpin oleh Imam 2 MBTP, Al-Fadhil Ustaz Mohd Amirul Asraf, yang mengalunkan bacaan Yasin, zikir, dan doa dengan penuh semangat serta kemerduan. Malam yang penuh barakah ini menjadi madrasah jiwa buat kita semua untuk bermunajat mengharapkan keampunan dan rahmat Allah SWT, selaras...

kebajikan 02

24/01/2026

Di sebalik kedinginan malam 24 Januari 2026, terpancar sinar keprihatinan daripada barisan kepimpinan Masjid Bandar Tasik Puteri. Diketuai oleh Tn. Haji Harun Aziz (Timbalan Nazir) dan Pn Normah Mahmad (Ketua Muslimat) serta bersama AJK Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan, langkah diatur menuju ke Pangsapuri Camelia untuk bertemu Puan Siti Aisah. Dunia Puan Siti Aisah seakan berubah sekelip mata apabila suaminya, Allahyarham Mohd Fazli bin Mahmodin, dijemput Ilahi secara mengejut...

dsc04370

17/01/2026

17/1/2026 – Alhamdulillah, kerinduan kami terhadap para jemaah terubat melalui sambutan Isra’ Mi’raj yang penuh barakah baru-baru ini. Majlis dimulakan dengan kuliah ilmu yang menyentuh jiwa oleh Al-Fadhil Ustaz Iqbal Hanis, disusuli dengan alunan selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW yang bergema penuh semangat di segenap ruang masjid. Suasana semakin syahdu apabila para jemaah bersama-sama menunaikan solat Isyak berjemaah, diimamkan dengan bacaan yang cukup lunak dan...